Program Tutorial Cupcakes

Aktiviti Terkini |31 Disember 2016

Program Tutorial Cupcakes telah dilaksanakan pada 31 Disember 2016 di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Desa Paya Mengkuang. Program ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pembuatan dan dekorasi kek. Seramai 33 peserta yang telah hadir pada program ini menunjukkan minat yang amat tinggi dalam bidang pembuatan kek. Komitmen yang diberi sangat memberangsangkan. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada penduduk warga Taman Desa Paya Mengkuang dan penduduk sekitarnya. Tenaga pengajar yang dijemput adalah Puan Nurul Ain binti Yusof . Beliau merupakan seorang anak muda berusia 23 yang memiliki minat yang tinggi dalam bidang pembuatan kek. Kini, beliau merupakan usahawan dalam bidang pembuatan tersebut. Hasil kerjanya sangat digemari pelanggan kerana kreativiti yang diserlahkan pada kek buatan beliau.
Secara kesimpulan, program yang dijalankan ini seiring dengan matlamat penubuhan PI1M dalam usaha untuk meningkatkan kegiatan sosio ekonomi penduduk berpendapatan rendah. Semoga usaha yang cemerlang ini dapat memberi manfaat buat masyarakat pada masa akan datang.




kembali ke halaman utama