INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

MAKLUMAT SETEMPAT 1. Maklumat Komuniti Komuniti yang tinggal di kawasan Mukim Tanjung Kupang ini adalah dianggarkan sekitar 10,000 orang. Penghulu Mukim Tanjung Kupang kini adadalah Encik Mohd Sany bin Mohamed.

Mukim Tanjung Kupang terdiri daripada 7 buah kampung iaitu Kampung Pok, Kampung Ladang, Kampung Tanjung Adang, Kampung Tanjung Kupang, Kampung Pekajang dan Kampung Tiram Duku serta Desa Paya Mengkuang.

Jumlah komuniti mengikut bangsa.
Jumlah komuniti mengikut status pekerjaan.

Rekreasi Dan Pelancongan

2. Rekreasi & Pelancongan (Gambar pemandangan) Terdapat beberapa tempat menarik yang boleh didapati di sekitar kawasan Gelang Patah dan Nusajaya yang berdekatan dengan Mukim Tanjung Kupang ini. Antara tempat-tempat menarik tersebut adalah Forest City iaitu bandar hijau yang dilaksanakan untuk memastikan pembangunan yang dilaksanakan masih menjaga kelestarian flora.

Forest City Legoland juga menjadi salah satu tarikan pelancong asing baik di dalam mahupun di luar negara kerana keunikan lego yang dicipta dengan saiz besar mampu membuatkan pengunjung untuk menikmati permainan yang disediakan. Ia menjanjikan kepuasan kepada pengguna khususnya kanak-kanak. Antara aktiviti yang ada di Legoland adalah seperti Driving School at Lego City, Lost Kingdom, The Tower, Boating School, Build and Test, 4 D Cinema, Legoland Waterpark, Duplo Playtown dan banyak lagi. Legoland

Kemudahan Awam

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sekitar penempatan masyarakat di Mukim Tanjung Kupang. Antaranya adalah Klinik Kesihatan, Balai Polis, Masjid Jamek dan Dewan Raya Desa Paya Mengkuang.

a. Klinik kesihatan Desa Paya Mengkuang
b. Balai Polis Tanjung kupang
c. Masjid Jamek
d. Dewan Raya Desa Paya Mengkuang

Pendidikan

a. Tadika KEMAS
b. Sekolah Agama Desa Paya Mengkuang
c. Sekolah Agama Kenangan Morni Pok
d. Sekolah Kebangsaan Morni Pok
e. Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang
f. Sekolah Kebangsaan Pendas Laut
g. Sekolah Kebangsaan Tanjung Kupang
h. Sekolah Menengah Tanjung Adang

Kisah Kejayaan

Muhammad Hafiz Bin Salleh
Celik IT

Umur:
12 tahun

Email:
Mohdhafizsalleh101@gmail.com

Keahlian PEDi:
2016

Bentuk Celik It:
Kemahiran menggunakan perisian komputer

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Muhammad Hafiz berumur 12 tahun ketika mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Desa Paya Mengkuang. Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau tidak tahu menggunakan sebarang aplikasi di komputer ketika mendaftarkan diri sebagai ahli PEDi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah menghadiri kelas hampir setahun, beliau telah berjaya memahami cara menggunakan komputer dan internet.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus PEDi banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan PEDi, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih kampung parit penghulu sebagai salah satu cawangan Pi1M di Sungai Rambai yang tercinta ini.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Mempelajari cara menggunakan Microsoft Office Word.
- Mempelajari cara menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
- Mempelajari cara menggunakan Cyberlink Movie Maker.
- Mempelajari cara membuat poster atas talian.
- Mempelajari cara mencari maklumat dalam internet.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhammad Hafiz Bin Salleh:


Keusahawanan

Hasnah Binti Selamat
Keusahawanan

Umur:
56 Tahun

Email:
hasnahfoodjohor@gmail.com

FB:
Tempah Bahulu Cermai JOHOR

Instagram:
bahulujohor

Alamat:
No. 1 & 2, Gerai Badan Kebajikan, Sekolah Agama Morni Pok, 81560 Gelang Patah, Johor

Whatsapp:
+6 011-1532 8382

Keahlian PIK:
2016

Bentuk Perniagaan:
Usahawan sepenuh masa bagi perniagaan bahulu.

Kisah Kejayaan:
Latar Belakang: Puan Hasnah telah mula meniaga secara kecil-kecilan dari tahun 2008 sehingga kini. Beliau hanya memulakan perniagaan di rumah pada awalnya dan kini telah mula meniaga di gerai badan kebajikan Sekolah Agama Kenangan Morni Pok.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan hanya sekitar 10 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Desa Paya Mengkuang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau datang dari pelbagai negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Mempelajari cara menggunakan FB.
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB.
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Maklumbalas Pengurus/Penolong Pengurus PIK:
Pengurus dan penolong pengurus banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mempromosi produk. PI1M juga menyediakan kelas keusahawanan bagi memastikan usahawan PI1M aktif dalam mempromosi produk untuk meningkatkan jualan produk.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Hasnah Binti Selamat: