Program Hari Sukan Negara 2016

Aktiviti Terkini | Oktober 2016

Program Hari Sukan Negara 2016 telah dilaksanakan dengan kerjasama Tadika KEMAS, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Gelang Patah, PI1M Desa Paya Mengkuang Dan PI1M Taman Cempaka, Johor Bahru. Program Hari Sukan Negara ini juga turut dihadiri Tuan Haji Ayub bin Yasir selaku ahli jawatankuasa UMNO Gelang Patah. Program ini dilaksanakan dengan matlamat untuk menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif. Ia juga mampu memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program adalah senamrobik dan sukaneka bagi goloran kanak-kanak, remaja dan dewasa.









kembali ke halaman utama