Pertandingan Dekorasi Gubahan Buah Nanas Sempena Fiesta Nanas Sambutan 60 Tahun LPNM

16 Disember 2017 | Sabtu
10.00 pagi - 1.00 petang | Pusat Perdagangan Pontian, Johor

Tujuan:
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menjalinkan kerjasama bersama PI1M untuk melancarkan dan memeriahkan acara mereka sempena fiesta nanas sambutan 60 tahun.

Kelebihan:
1. Dapat mengeratkan silaturrahim antatara LPNM, PI1M & ahli PI1M.
2. Membuka mata para pengunjung tentang kewujudan PI1M Pekan Nanas.
3. Secara tidak langsung, LPNM mempromosikan PI1M Pekan Nanas kepada masyarakat Pontian.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan Aktiviti:
Para peserta dekorasi gubahan nanas terdiri daripada orang awam & dewasa. Pemilihan para pemenang dekorasi dan gubahan tersebut adalah berdasarkan kreativiti setiap peserta & menepati masa yang diberikan.

Aktiviti berkaitan:
LPNM meminta bantuan/sokongan PI1M Pekan Nanas untuk mencari para peserta yang terdiri daripada ahli PI1M yang berbakat untuk menyertai pertandingan dekorasi gubahan nanas. PI1M dapat mengenalpasti para ahlinya yang berbakat kerana pada sambutan Hari Terbuka PI1M November yang lalu, PI1M ada menganjurkan pertandingan dekorasi dan gubahan nanas.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:











Kembali ke halaman utama