Pusat Internet 1Malaysia

Program ICT Games School Challenge

22 Julai 2017 | Sabtu
2.00 petang – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Desa Paya Mengkuang

Tujuan:
• Mempromosi manfaat Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) sebagai medium untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi melalui penggunaan jalur lebar yang pantas dan mudah untuk digunakan.
• Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar.
• Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar.
• Memupuk semangat daya saing dalam kalangan pelajar.
• Menarik minat pelajar untuk lebih rajin mencari ilmu.

Kelebihan:
• Minat peserta untuk menjadikan teknologi ICT sebagai medium pembelajaran bertambah.
• Minat peserta untuk belajar juga bertambah kerana ada permainan yang menyeronokkan sambil belajar.

Penglibatan:
Pengunjung Program.

Perlaksanaan aktiviti:
Penggunaan internet kini berkembang pesat seiring dengan keperluan masyarakat yang memerlukan internet sebagai medium meningkatkan ilmu, ekonomi dan taraf sosial jika ia dimanfaatkan sebaiknya. Oleh yang demikian, PI1M Desa Paya Mengkuang berinisiatif melaksanakan program bermain sambil belajar menggunakan internet bagi meningkatkan minat para peserta untuk belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Aktiviti Sokongan:
Cabutan bertuah.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama