Program Robotik Digi-Petrosains 2017 Peringkat Negeri Johor

28 - 30 Mac 2017 | Selasa - Khamis
8.30 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Desa Paya Mengkuang, Johor

Tujuan:
Program Robotik DIGI-Petrosains merupakan kerjasama antara DIGI Telecommunications Sdn Bhd dengan Petrosains dalam memperkenalkan program robotic yang dapat menyediakan pembelajaran mereka bentuk (designing), latihan asas pengekodan dan sensor kepada pelajar sekolah menengah. Sebanyak enam Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang diselia oleh DIGI turut hadir untuk mengikuti proram ini. PI1M yang terlibat adalah PI1M Desa Paya Mengkuang, PI1M Gelang Patah, PI1M Srijaya, PI1M Taman Cempaka, PI1M Pekan Nenas dan PI1M Sri Alam.

Kelebihan:
a) Memperkenalkan dan memberi pengetahuan robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak/ kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu.
b) Memperkukuhkan kemahiran berfikir pelajar dengan menggalakkan mereka untuk berfikir lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.
c) Meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM dan menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar.

Penglibatan:
Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini pula adalah Sekolah Menengah Kompleks Sultan Abu Bakar, SMK Gelang Patah, SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin, SMK Pekan Nenas, SMK Sri Rahmat dan SMK Bandar Seri Alam.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:













Kembali ke halaman utama