Kursus Asas Sabun Homemade

25 November 2017 | Sabtu
2.00 petang - 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Desa Mengkuang, Johor

Tujuan:
Manfaat yang diperoleh daripada program ini adalah ia memberi latihan kemahiran kepada masyarakat sekaligus menggalakkan aktiviti keusahawanan ahli PI1M.

Kelebihan:
 Memberi peluang untuk masyarakat tempatan bagi menambah ilmu dan kemahiran keusahawanan kepada peserta.
 Meningkatkan jumlah usahawan PI1M Desa Paya Mengkuang.
 Membina hubungan baik antara staf PI1M dan masyarakat sekitar.
 Memberi pendedahan tentang perkhidmatan PI1M khususnya latihan keusahawanan.
 Mempromosi keahlian PI1M.

Penglibatan:
Penduduk setempat.

Perlaksanaan aktiviti:
Program Kursus Asas Sabun Homemade ini telah dilaksanakan di PI1M Desa Paya Mengkuang. Tenaga pengajar bagi kursus ini ialah En. Norizal Bin Mohd Shah. Beliau merupakan seorang usahawan dalam bidang pembuatan sabun. Program ini telah dihadiri seramai 26 peserta yang terdiri dalam kalangan ahli PI1M Desa Paya Mengkuang. Program ini menjadi medium untuk mempromosi perkhidmatan PI1M dalam membantu pendidikan dan ekonomi masyarakat. Ia juga menjadi medium bagi memperkenal Digi sebagai satu saluran telekomunikasi utama yang ada di Malaysia.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama