Pertandingan Futsal Silaturrahim Jalinan Kerjasama Pi1m Desa Paya Mengkuang Untuk Ahli Pi1m Bawah 12

28 Oktober 2017 | Sabtu
9.00 pagi - 1.00 petang | Perkarangan Pusat Internet 1Malaysia Gelang Patah, Johor

Tujuan:
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan ikatan silahturrahim antara Pusat Internet 1Malaysia dengan ahli PI1M yang berdaftar. Selain dari itu, taklimat Klik Dengan Bijak juga turut dilaksanakan bagi memupuk kesedaran keselamatan penggunaan internet.

Kelebihan:
1) Sebagai satu sebaran maklumat kepada penduduk setempat.
2) Menggalakkan aktiviti penduduk setempat.
3) Memperkenalkan dan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk setempat.
4) Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
5) Gaya hidup sihat.
6) Sukan untuk rakyat.

Penglibatan:
Penduduk setempat.
• Pi1m Gelang Patah.

Perlaksanaan aktiviti:
Permainan bola futsal kini mendapat perhatian yang tinggi dikalangan rakyat tempatan. Dengan usaha membantu akar umbi dan memupuk semangat kesukanan sempena program 1 pelajar 1 sukan yang dianjurkan di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah, pihak PI1M Gelang Patah menganjurkan pertandingan futsal bawah 12 tahun untuk ahli Pusat Internet 1 Malaysia.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama