Program Gotong Royong Perdana SK Pekan Nanas

27 April 2019 | Sabtu
9.00 pagi - 1.00 petang | SK Pekan Nanas, Pekan Nanas, Johor

Tujuan:
• 1. Membersihkan persekitaran sekolah.
• 2. Memberi ilmu kepada PIBG sekolah kepentingan Klik Dengan Bijak bagi menangani jenayah siber dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
• 3. Memberi tips kawalan kendiri dalam penggunaan internet sehari-harian.
• 4. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Kelebihan:
• 1. Kebersihan persekitaran sekolah dapat dijaga.
• 2. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.
• 3. Pengetahuan baru kepada komuniti setempat berkaitan jenayah siber dan cara mengelak serta pengetahuan untuk membuat laporan sekiranya terjebak dengan jenayah siber.

Penglibatan:
Para peserta.

Nama VIP:
En. Ahmad Firdauz bin Abdullah Tahrin(Guru Besar SK Pekan Nanas).

Aktiviti Berkaitan:
Program anjuran SK Pekan Nanas yang diadakan setiap tahun. Pusat Internet(PI) Pekan Nanas dijemput memberikan pendedahan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkaitan Jenayah Siber. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus PI Desa Paya Mengkuang Nurul Iffah Abu Bakar.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:







Kembali ke halaman utama