BASIC ICT: BELAJAR MEMBUAT SLIDE POWERPOINT

Aktiviti terkini | 15 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Desa Paya Mengkuang

Nama VIP :
• Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan asas tentang cara mudah mencipta slide menggunakan Microsoft PowerPoint. Seterusnya, memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menghasilkan slide yang menarik dan berkesan.

Tujuan :
• Pendedahan tentang kemahiran asas membuat slide menggunakan Microsoft PowerPoint

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas bermula dengan pengenalan ringkas tentang panduan asas penggunaan Microsoft PowerPoint untuk pemula
• Demonstrasi oleh petugas NADI tentang cara memasukkan teks dan gambar, menambah slide serta memilih design
• Seterusnya, latihan praktikal di mana pelajar perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan membina slide daripada buku teks
• Petugas NADI membantu pelajar jika terdapat sebarang persoalan yang diajukan

Kelebihan Aktiviti :
• Pembelajaran asas membina slide ini dapat meningkatkan kemahiran dalam mereka bentuk slide pembentangan yang menarik dan informatif

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :