BASIC ICT: PEMBELAJARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH KHUSUS

Aktiviti terkini | 2 Ogos 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Desa Paya Mengkuang

Nama VIP :
• Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Pada 2 Ogos 2024, satu sesi pembelajaran mengenai cara-cara permohonan kemasukan ke tingkatan 4 sekolah khusus telah diadakan di NADI Desa Paya Mengkuang. Program ini bertujuan untuk memberi panduan dan bimbingan kepada para pelajar tingkatan 3 tentang prosedur permohonan dalam talian ke sekolah khusus seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV).

Tujuan :
• Membimbing pelajar tentang cara membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pelajar membuka laman website https://spskt4.moe.gov.my untuk membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 4 sekolah khusus
• Petugas NADI menunjukkan cara-cara untuk membuat pendaftaran pengguna termasuk memasukkan nama penuh, nombor MyKad, dan mencipta kata laluan yang selamat
• Pelajar juga memilih jenis sekolah khusus dan menyenaraikan pilihan sekolah mengikut keutamaan mereka untuk sesi penempatan temuduga sekiranya permohonan mereka terpilih
• Pelajar diminta untuk menyemak semula semua maklumat yang telah dimasukkan untuk memastikan tiada kesilapan
• Petugas NADI memberi panduan tentang cara mencetak salinan borang permohonan untuk rujukan masa hadapan

Kelebihan Aktiviti :
• Mengurangkan risiko kesilapan yang mungkin berlaku semasa mengisi borang permohonan yang boleh menjejaskan peluang pelajar untuk diterima masuk ke sekolah khusus yang dipilih

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :