PROGRAM MOTIVASI INSPIRASI CUTI SEKOLAH

Aktiviti terkini | 18 September 2024

Tempat Aktiviti:
Dewan Masjid An Nur Kampung Pok Gelang Patah Johor

Nama VIP :
• Encik Jafar Bin Mohamad Yusoff, Pengerusi Masjid An Nur Kampung Pok Gelang Patah Johor

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Desa Paya Mengkuang telah menganjurkan Program Motivasi Inspirasi Cuti Sekolah pada 18 September 2024 bertempat di Dewan Masjid An-Nur Kampung Pok Gelang Patah Johor. Program ini merupakan anjuran bersama AJK Masjid An-Nur Kampung Pok Gelang Patah Johor. Program ini terbuka kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah berumur dari 7 tahun hingga 15 tahun. Program telah bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada pukul 1:30 tengah hari. Program ini bertujuan untuk menyediakan aktiviti yang bermanfaat kepada para pelajar bersempena dengan musim cuti sekolah. Justeru, progam secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan baik antara NADI Desa Paya Mengkuang, Masjid An Nur Kampung Pok dan masyarakat setempat

Tujuan :
• Program sempena cuti sekolah bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan inspirasi para pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan mereka

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta dan taklimat ringkas berkaitan atur cara program
• Program dimulakan dengan slot pertama bertajuk ‘Formula Menggapai Impian’ telah disampaikan oleh Puan Natasya Alia Binti A.Rumzi
• Program diteruskan dengan slot kedua bertajuk ‘Interaksi Sains, Diri dan Pencipta’ telah disampaikan oleh Cik Ummie Shakina Binti Parijan
• Seterusnya, pada pukul 11:00 pagi pelajar berhenti rehat untuk makan
• Kemudian, program diteruskan dengan slot ketiga bertajuk ‘Motivasi Anak Soleh’ telah disampaikan oleh Encik Muhamad Asyraf Bin Abu Bakar
• Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan penyerahan sijil kepada para peserta
• Sesi fotografi beramai-ramai bersama petugas NADI, penceramah dan para peserta

Kelebihan Aktiviti :
• Para pelajar dapat mengetahui kekuatan dan potensi diri mereka
• Memupuk nilai-nilai murni dan positif untuk membentuk karakter anak soleh dalam diri para pelajar
• Aktiviti bermanfaat sempena cuti sekolah untuk memastikan masa lapang pelajar dimanfaatkan dengan cara produktif

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :