Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.
Taman Desa Paya Mengkuang pula terletak di bawah taman perumahan dan kampung Gelang Patah. Terdapat pelbagai taman dan kampung yang ada selain Taman Desa Paya Mengkuang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Kursus Taklimat Keselamatan Kebakaran Dan Praktikal Penggunaan Alat Pemadam Api
Aktiviti Terkini | 9 Disember 2018Program pada bulan ini khusus untuk kakitangan Pusat Internet (Digi) sahaja iaitu Kursus taklimat keselamatan kebakaran dan praktikal penggunaan alat pemadam api yang akan di jalankan di Balai Bomba Rengit. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan... baca selanjutnya
Hari Keusahawanan & Kokurikulum SK Pendas Laut
Aktiviti Terkini | 18 November 2018Bertujuan untuk meningkatkan kerjasama komuniti setempat, mengeratkan hubungan sesama staf dan meningkatkan kemahiran pemasaran produk... baca selanjutnya
Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” dan Promosi Digi
Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2018Program ini bertujuan mempromosikan PI disamping mendedahkan peluang-peluang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI untuk manfaat... baca selanjutnya
Mini Karnival Sayangi Malaysiaku
Aktiviti Terkini | 15 September 2018Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 61 tahun bersama-sama penduduk setempat dan meraikan ahli-ahli Pusat Internet Pekan Nanas yang hampir mencecah 700 orang selama pusat internet sudah 3 tahun beroperasi... baca selanjutnya
Program Cuti Sekolah
Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2018Kanak-kanak ahli Pusat Internet telah menyertai Program Cuti Sekolah. Di antara aktiviti yang diadakan termasuklah Perlawanan Badminton dan Permainan Rakyat seperti Congkak dan Batu Seremban... baca selanjutnya
Program Keselamatan Internet Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 2 Julai 2018Melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain... baca selanjutnya
Pertandingan Kad Raya Kreatif Digital & Jamuan Hari Raya
Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018Dapat mengeratkan hubungan silahturrahim antara staf PI dengan masyarakat setempat dan memberi pendedahan tentang manfaat PI kepada masyarakat setempat... baca selanjutnya
Program Keselamatan Internet Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 3 Mei 2018Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru(bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain... baca selanjutnya
Program Latihan Keselamatan Kebakaran & Cara Penggunaan Alat Pemadam Api
Aktiviti Terkini | 29 April 2018Bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan tentang kebakaran dan cara mengatasi ketika berlaku kebakaran... baca selanjutnya
Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Taman Cempaka 2018
Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018Bertujuan penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran dan penglibatan Pi1M terdekat dapat merapatkan lagi ukhwah sesama staff Pi1M dan dapat bekerjasama dalam sesuatu program... baca selanjutnya
Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2018Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya
Program KDB di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi(Anjuran Bersama CMCF)
Aktiviti Terkini | 4 Januari 2018Bertujuan melahirkan pelajar yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet... baca selanjutnya