Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.
Taman Desa Paya Mengkuang pula terletak di bawah taman perumahan dan kampung Gelang Patah. Terdapat pelbagai taman dan kampung yang ada selain Taman Desa Paya Mengkuang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020‘KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KOMUNITI’
Aktiviti Terkini | 15 Disember 2019Program Klik Dengan Bijak adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memberi kefahaman tentang penggunaan internet....baca selanjutnya
KLIK DENGAN BIJAK DI SMK BANDAR TENGGARA
Aktiviti Terkini | 1 Disember 2019Program Klik Dengan Bijak adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memberi kefahaman tentang penggunaan komputer atau penggunaan di laman sosial dengan betul....baca selanjutnya
‘KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR MATRIKULASI PONTIAN’
Aktiviti Terkini | 21 November 2019Program Klik Dengan Bijak adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan memberi kefahaman tentang penggunaan komputer atau penggunaan di laman sosial dengan betul dalam kalangan para pelajar....baca selanjutnya
HARI TERBUKA PUSAT INTERNET GELANG PATAH 2019
Aktiviti Terkini | 3 November 2019Penyatuan kepada penduduk sekitar dan komuniti setempat dalam program seperti ini merapatkan ukhwah sesama jiran....baca selanjutnya
‘OPEN DAY SRI JAYA’
Aktiviti Terkini | 2 November 2019Tujuan program diadakan untuk mengenalkan lagi fungsi dan kelebihan pusat internet dikalangan masyarakat dan membantu masyarakat dikalangan usahawan untuk memperkenalkan lagi perniagaan mereka....baca selanjutnya
Karnival Keusahawanan SKKSAB
Aktiviti Terkini |6 Oktober 2019Memperkenalkan PI sebagai medium untuk aktiviti pemasaran atas talian....baca selanjutnya
SMART ENGLISH LEARNING PROGRAM (ELEMENTARY)
Aktiviti Terkini | 27 September 2019Bermain Sambil belajar berbahasa Inggeris...baca selanjutnya
PERTANDINGAN TAYANGAN VIDEO MERDEKA DAN PERTANDINGAN BERCERITA KISAH MERDEKA
Aktiviti Terkini |23 Ogos 2019Mengeratkan hubungan sesama staf & masyarakat sambil menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair dan semangat patriotik bagi melahirkan pelajar kreatif dan inovatif...baca selanjutnya
TAKLIMAT USAHAWAN KECIL
Aktiviti Terkini |18 Ogos 2019Memperkenalkan PI sebagai medium untuk aktiviti pemasaran atas talian dan membuat hebahan myfreeview disamping dapat membina hubungan baik antara PI dengan penduduk tempatan...baca selanjutnya
Pertandingan Melukis & Mewarna Menggunakan Komputer (Tema: Teknologi Maklumat)
Aktiviti Terkini | 26 Julai 2019Pertandingan ini dapat mengeratkan hubungan sesama staf & masyarakat, memberi peluang untuk pelajar mengasah kemahiran melukis atas talian dan menghargai kemahiran komputer yang dimiliki oleh peserta....baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 14 Jun 2019Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara ahli Pusat Internet dan komuniti setempat....baca selanjutnya
Program Klik Dengan Bijak & Donut Worry Be Happy & Pi Desa Paya Mengkuang
Aktiviti Terkini | 4 Mei 2019Bertujuan untuk mempromosi perkhidmatan Pusat Internet termasuk keahlian, mengeratkan hubungan sesama staf & masyarakat dan mendidik pengunjung tentang penggunaan jalur lebar dan kesedaran tentang keselamatan internet... baca selanjutnya
Program Gotong Royong Perdana SK Pekan Nanas
Aktiviti Terkini | 27 April 2019Program anjuran SK Pekan Nanas yang diadakan setiap tahun. Pusat Internet(PI) Pekan Nanas dijemput memberikan pendedahan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berkaitan Jenayah Siber. Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus PI Desa Paya Mengkuang Nurul Iffah Abu Bakar... baca selanjutnya
Program KDB SMK Tanjung Adang
Aktiviti Terkini | 10 Mac 2019Dapat mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet termasuk keahlian dan mengeratkan hubungan sesama staf & masyarakat serta mendidik pengunjung tentang penggunaan jalur lebar dan kesedaran tentang keselamatan internet... baca selanjutnya
English Spelling Competition & KDB
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2019Dapat mengeratkan hubungan sesama staf & masyarakat, di samping mendidik pengunjung tentang penggunaan jalur lebar dan kesedaran tentang keselamatan internet... baca selanjutnya
Pertandingan Cross Word
Aktiviti Terkini | 4 Januari 2019Program ini bertujuan sebagai mendidik anak-anak muda untuk melatih minda supaya menjadi lebih peka dengan cabaran yang mendatang... baca selanjutnya