Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar. Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor. Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.
Taman Desa Paya Mengkuang pula terletak di bawah taman perumahan dan kampung Gelang Patah. Terdapat pelbagai taman dan kampung yang ada selain Taman Desa Paya Mengkuang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020Program Tutorial Cupcakes
Aktiviti Terkini | 31 Disember 2016Program Tutorial Cupcakes telah dilaksanakan pada 31 Disember 2016 di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Desa Paya Mengkuang. Program ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang pembuatan dan dekorasi kek. Seramai 33 peserta yang telah hadir pada program ini menunjukkan minat yang amat tinggi dalam bidang pembuatan kek. Komitmen yang diberi sangat... baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PI1M-PI1M JOHOR DI SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM, JOHOR
Aktiviti Terkini | 9 November 2016Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pekerja Pusat Internet 1Malaysia dengan para pelajar dan guru-guru. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar dan guru tentang ciri-ciri keselamatan penggunaan internet dan media sosial... baca selanjutnya
Program Jelajah Solekan Giffarine
Aktiviti Terkini | 9 November 2016Program Jelajah Solekan Giffarine Pusat Internet 1 Malaysia telah dilaksanakan dengan kerjasama Mini RTC Pok, Gelang Patah, Johor pada 26 November 2016 di Mini RTC Pok, Gelang Patah, Johor. Program ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk menggalakkan masyarakat agar meminati perusahaan dalam bidang andaman. Beberapa aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti pengenalan cara penjagaan wajah, demonstrasi cara penjagaan wajah, teknik solekan ringkas, demonstrasi solekan Giffarine, dan penyampaian hadiah bagi tiga peserta terbaik solekan Giffarine.
Program Hari Sukan Negara 2016
Aktiviti Terkini | Oktober 2016Program Hari Sukan Negara 2016 telah dilaksanakan dengan kerjasama Tadika KEMAS, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Gelang Patah, PI1M Desa Paya Mengkuang Dan PI1M Taman Cempaka, Johor Bahru. Program Hari Sukan Negara ini juga turut dihadiri... baca selanjutnya
Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya
Aktiviti Terkini | 25 & 26 Oktober 2016Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC... baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016. MEMPERKASAKAN REMAJA DIGITAL DENGAN GAYA HIDUP SIHAT
Berita TerkiniHARI PERASMIAN PI1M DESA PAYA MENGKUANG
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2016Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Taman Desa Paya Mengkuang dirasmikan oleh YB Dr Haji Zaini Bin Haji Abu Bakar yang merupakan ADUN Nusajaya. Semasa hari perasmian ini berlangsung pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat dan mengajak penduduk setempat datang ke PI1M... baca selanjutnya
KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniDi PI1M Taman Desa Paya Mengkuang ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Desa Paya Mengkuang seperti kelas komputer dan sebagainya.
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Klik Dengan Bijak(KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan... baca selanjutnya
Latihan Usahawan PERCUMA !!
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniOrang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan... baca selanjutnya