Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar.
Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor.
Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.
Taman Desa Paya Mengkuang pula terletak di bawah taman perumahan dan kampung Gelang Patah. Terdapat pelbagai taman dan kampung yang ada selain Taman Desa Paya Mengkuang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021LEBIH BAIK CEGAH
Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021Hebahan tentang penyalahgunaan dadah............baca selanjutnya
PROGRAM ATAS TALIAN BUAT BORANG ATAU KUIZ MENGGUNAKAN GOOGLE FORM
Aktiviti Terkini | 11 November 2021Tujuan perkongsian ini adalah supaya penduduk setempat, masyarakat dapat pendedahan dan pengetahuan sedikit sebanyak tentang google form............baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK : TIDAK PASTI JANGAN KONGSI
Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2021Tujuan perkongsian klik dengan bijak ini adalah supaya penduduk setempat, masyarakat dan pengguna media sosial dapat menerapkan amalan ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’. ..........baca selanjutnya
MOTIVASI PAGI : POWER OF MIND
Aktiviti Terkini | 11 September 2021Tujuan perkongsian motivasi pagi “Power of Mind” ini adalah supaya penduduk setempat tidak kira pelajar, usahawan dan sebagainya supaya dapat mempelajari dan memahami sedikit sebanyak tentang tips memanfaatkan kekuatan minda..........baca selanjutnya
WEBINAR PENGHASILAN TEORI KOD JAWI
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021Membina hubungan baik antara staf pusat internet dan masyarakat.........baca selanjutnya
PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN BUAT ASNAF ISKANDAR PUTERI
Aktiviti Terkini | 17 Julai 2021Membina hubungan baik antara staf pusat internet dan masyarakat.........baca selanjutnya
PAKEJ JARINGAN PRIHATIN
Aktiviti Terkini | 20 Jun 2021Menghebahkan perkhidmatan pusat internet kepada masyarakat.........baca selanjutnya
PENIPUAN ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021Menghebahkan perkhidmatan pusat internet kepada masyarakat........baca selanjutnya
PROGRAM KESELAMATAN INTERNET
Aktiviti Terkini | 9 April 2021Mendidik masyarakat untk menggunakan internet dengan bijak.......baca selanjutnya
BENGKEL KELAS ASAS MICROSOFT EXCEL BERSAMA GURU SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN PEKAN NANAS
Aktiviti Terkini | 17 & 24 Mac 2021Mengeratkan silaturrahim antara staf pusat internet dan masyarakat sekitar dengan mengadakan program dan pembelajaran asas Microsoft excel dan kerjasama dari Pusat Internet Desa Paya Mengkuang, Parit Sapran......baca selanjutnya
PENYERAHAN SUMBANGAN YAYASAN PERMAISURI JOHOR RAJA ZARITH SOFIAH & BAKUL MAKANAN MAKMUR JOHOR
Aktiviti Terkini | 15-17 Februari 2021Mengeratkan silahturrahim antara staf pusat internet dan masyarakat sekitar.....baca selanjutnya
PENIPUAN ATAS TALIAN
Aktiviti Terkini | 31 Januari 2021Menghebahkan perkhidmatan pusat internet kepada masyarakat....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya