Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Gelang Patah ialah sebuah pekan terletak di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pekan ini di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
Kini namanya semakin megah dan kian popular dengan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar.
Namanya juga terkenal disebabkan oleh "otak-otak Gelang Patah", sejenis makanan yang popular di Johor.
Antara tempat yang menjadi mercu tanda Gelang Patah ialah jambatan Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Gelang Patah juga terkenal dengan restoran-restoran makanan lautnya yang yang menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan serta penduduk Singapura.
Taman Desa Paya Mengkuang pula terletak di bawah taman perumahan dan kampung Gelang Patah. Terdapat pelbagai taman dan kampung yang ada selain Taman Desa Paya Mengkuang.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM MOTIVASI INSPIRASI CUTI SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 18 September 2024Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Desa Paya Mengkuang telah menganjurkan Program Motivasi Inspirasi Cuti Sekolah pada 18 September 2024 bertempat di Dewan Masjid An-Nur Kampung Pok Gelang Patah Johor..............baca selanjutnya
BASIC ICT: PEMBELAJARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH KHUSUS
Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2024Membimbing pelajar tentang cara membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus..............baca selanjutnya
BASIC ICT: MENAIP CERPEN PENDEK MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 3 Julai 2024Kemahiran asas menaip cerpen mengikut format teks dengan menggunakan Microsoft Word..............baca selanjutnya
BASIC ICT: BELAJAR MEMBUAT SLIDE POWERPOINT
Aktiviti Terkini | 15 Jun 2024Pendedahan tentang kemahiran asas membuat slide menggunakan Microsoft PowerPoint..............baca selanjutnya
BASIC ICT: PENULISAN SURAT RASMI
Aktiviti Terkini | 4 Mei 2024Pendedahan tentang format penulisan surat rasmi..............baca selanjutnya
KELAS ICT: MENCIPTA SAMPUL DUIT RAYA
Aktiviti Terkini | 19 April 2024Pembelajaran mereka rekaan sampul duit raya menarik 2024..............baca selanjutnya
BASIC ICT: PENGENALAN DAN CARA MENGGUNAKAN APLIKASI ZOOM MEETING
Aktiviti Terkini | 11 Mac 2024Pengenalan dan cara menggunakan aplikasi Zoom Meeting..............baca selanjutnya
PROGRAM CAKNA KESIHATAN KOMUNITI & PENDAFTARAN PADU
Aktiviti Terkini | 16 Februari 2024Membantu komuniti mendaftar akaun tabung haji dengan lebih dekatProgram ini dilaksanakan untuk memperkenalkan PEDi dengan komuniti sekitar serta dapat membantu meningkatkan kesedaran keoada komuniti setempat mengenai kesedaran penjagaan buah pinggang dan juga pentingnya pendaftaran PADU..............baca selanjutnya
PROGRAM PENDAFTARAN PADU DAN TABUNG HAJI
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2024Membantu komuniti mendaftar akaun tabung haji dengan lebih dekat..........baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya